Saturday, 31 March 2012

Kata Banyak Makna - B

B

1. Baca.
    (a) Ucapkan apa yang tertulis atau tercatat
         Contoh ayat: Buku itu adik baca semalam

    (b) Melihat angka yang ditunjukkan
        Contoh ayat : Doktor Mazlan cuba baca suhu badan pesakitnya yang demam.


2. Bahagi
 




   (a) Agih
        Contoh ayat : Segala kutipan derma itu di bahagi samarata.

    (b) satu cara kiraan dalam matematik
      Contoh ayat : Guru matematik mengajar tajuk bahagi pada hari ini.

3. Bahan
    (a) Butir-butir (perbincangan)
     Contoh ayat : Liza tekun mencari bahan untuk menyiapkan tesisnya.  

    (b) Ramuan
      Contoh ayat : Emak menggunakan bahan tertentu untuk membuat kuih itu.

4.  Baharu
     (a) Tidak ada sebelumnya
      Contoh ayat : Bangunan pencakar langit itu baharu di bina.   

     (b) Moden
       Contoh ayat : Banyak barang ciptaan baharu di pasaran.  

     (c)  Segar
       Contoh ayat: Sayur-sayuran itu baharu di petik dari kebun.  
     (d) Sekejap, sebentar
      Contoh ayat: Adik baharu balik dari sekolah.

5. Bahasa 
    (a) Pertuturan
      Contoh ayat: Amy berminat belajar bahasa Jepun.

    (b) Tingkah laku, sopan santun
      Contoh ayat: Anak Pak Lazim amat di senangi penduduk kampung kerana dia berbudi bahasa.

    (c) perlahan-lahan, lembut
     Contoh ayat: Pada waktu petang, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.

6. Baik
    (a) Berfaedah, elok, bagus
     Contoh ayat:  Buku-buku itu baik untuk di baca.

    (b) Sembuh, pulih
    Contoh ayat: Kecederaan kaki adik telah baik

    (c) Sesuai
     Contoh ayat: Kasut itu baik untuk adik.

    (d) Sangat rapat
     Contoh ayat:  Hubungan persahabatan Balqis dan Waheeda sangat baik. 

    (e) Tidak jahat
    Contoh ayat: Tabiat abang yang baik itu di sukai ayah dan ibu.

7.  Bakal
    (a)  Seseorang akan menjadi sesuatu
    Contoh ayat: Azim adalah bakal pengetua sekolah itu.

    (b) Hendak
     Contoh ayat: Mesyuarat itu bakal diadakan bulan depan.

8.   Bakar
    (a)  Hangus
     Contoh ayat: Kayu itu telah terbakar.

    (b) Perbuatan menyalakan api
    Contoh ayat : Emak membakar lilin ketika ketiadaan elektrik.

    (c) Memanaskan sesuatu
     Contoh ayat: Ubi kayu itu dibakar hingga masak.

     (d)  Jenis makanan
      Contoh ayat :  Ikan bakar itu berharga RM20.00 seekor.

9. Balas
    (a)Jawab
     Contoh ayat: ''Abu, tolong balaskan surat itu,''kata ayah.

    (b) Melakukan perbuatan yang sama
    Contoh ayat: Tumbukan Mike Tyson dibalas oleh Muhammad Ali.

    (c)Menghargai
    Contoh ayat: Jasa Perdana Menteri itu akan dibalas oleh rakyat.

10.Balik
    (a) Belakang
     Contoh ayat; Kasut Najwan ada di balik pintu.
    (b) Mati
    Contoh ayat: Pak Razak yang tua itu telah balik ke rahmatullah
     (c) Pulang
     Contoh ayat; Abang balik dari sekolah pada waktu petang.
    (d) Semula
    Contoh ayat: Saya memberi balik buku yang saya pimjam dari Abu.

11. Bangkai
     (a) Tubuh binatang yang telah mati
         Contoh ayat: Bau itu busuk bangkai itu meloyakan.
     (b) Benda yang sudah rosak ,ditinggalkan
         Contoh ayat: Bangkai kapal terbang yang terhempas telah ditemui.

12. Bangkit
    (a) Jaga daripada tidur
        Contoh ayat: Adik banagkit pukul 5.00 pagi.
    (b)Hidup kembali
        Contoh ayat: Pada hari kiamat semua mayat akan bangkit daripada kubur.
     (c)Naik(adunan),kembang
         Contoh ayat: Kek itu bangkit dengan elok setelah bakar.
      (d) Terbit
           Contoh ayat: Akibat diusik,kemarahan Arif mula bangkit.
      (e)Sedar untuk bergerak
          Contoh ayat: Akibat terlalu lama hidup dalam kemiskinan,anaknya bangkit untuk membela keluarganya.
       (f)Berdiri daripada duduk
             Contoh ayat: Alice Lee banagkit dari kerusi untuk menjawab pertanyaan gurunya.
13.Bangun
    (a)Bangkit daripada tidur
        Contoh ayat: Adik bangun lewat pada masa cuti sekolah.
    (b)Bangkit daripda duduk
        Contoh ayat; Murid-murid bangun memberi hormat kepda guru di dalam kelas.
    (c) Sesuatu tindakan
        Contoh ayat: Rakyat Iraq bangun menentang askar di Amerika.

14.Banjir
   (a)Air yang melimpah atau ,air bah
       Contoh ayat: Kelantan di landa banjir pada bulan November.
   (b)Orang ramai
        Conto ayat: Padang itu di banjiri dengan peminat Siti Nurhaliza.

15.Bank
    (a)Intitusi kewangan
        Contoh ayat: Kita digalakkan menyimpan wang di bank supaya selamat.
    (b)Simpanan,himpunan
        Contoh ayat: Pihak hospital merayu orang ramai menderma darah untuk bank darah.
16. Bantai
     (a) Sembelih
         Contoh ayat; Lima ekor di bantai pada hari raya korban.
     (b)Pukul
         Contoh ayat; Peragut itu dibantai oleh orang ranmai.
     (c)Makan
         Sebaik sahaja makanan itu dihidangkan, tetemu mula membantai.

17.Bantut
    (a)Tidak membesar
        Contoh ayat: Pokok-pokok yang di tanam oleh Shariman menjadi bantut kerana kekurangan air.
     (b)Terhalang ,tersebut
          Contoh ayat: Akibat ketiadaan bas, hasrat Kamaluddin terbantut untuk balik ke kampung.

18.Bapa
    (a) Panggilan kepada orang tua sebagai tanda hormat.
         Contoh ayat; Bapanya menghidap sakit jantung.
    (b)Perintis jalan ,pelapor
        Contoh ayat:Tungku Abdul Rahman adalah bapa kemerdekaan negara.

19. Barang
    (a)Benda
        Contoh ayat:Emak membawa semua barang yang dimilikinya.
    (b)Lebih kurang,kira-kira
        Contoh ayat: Berikan saya buah anggur barang sekilogram.
    (c)Sesiapa sahaja
        Contoh ayat: Barang sesipa yang didapati bersalah, maka di akan di hukum.

20.Basuh
    (a)Cuci
        Contoh ayat: Nurul yang basuh kasut itu semalam.
    (b)Menghilangkan
        Contoh ayat: Umat Islam di mimta bertaubat agar dapat membasuh segala dosa.
   (c)Memarahi seseorang
       Contoh ayat;Pelajar-pelajar yang nakal perlu di basuh supaya tidak mengulangi perbuatan itu

21.Batang
    (a)Penjodoh bilangan
        Contoh ayat: Saya ada dua batang pensil.
    (b)Bahagian pokok
        Contoh ayat: Bhagin batang pokok kelapa itu boleh di buat titi.
    (c)Tangkai,bahagian pemegang
         Contoh ayat: Batang cangkul itu perlu diganti kerana telah patah.

22.Batas
    (a)Tahap kesabaran
         Contoh ayat: Kesabaran setiap orang ada batasnya.
    (b)Had,sempadan
        Contoh ayat: Lima orang askar Malaysia ditangkap oleh tentera Thailand kerana melepasi batas negara itu.
     (c)Bahagian tanah di gembur serta ditinggikan
         Contoh ayat: Pak Abu membina batas untuk menanam sayur .

23.Batu
    (a)Ukuran jarak
        Contoh ayat :Jarak rumah saya dengan sekolah dua batu sahaja .
    (b)Galian bukan logam
        Conoth ayat: Kaki saya berdarah kerana tersepak batu.

24.Bebas
     (a) Tidak terhalang untuk bergerak
         Contoh ayat: Setiap orang bebas bercakap kecuali yang menyakiti hati orang lain.
    (b)Lepas daripada tuduhan atau kekuatan.
        Contoh ayat: Pemuda yang di tuduh sebagai pengedar dadah bebas daripada tuduhan itu.
    (c)Tidak dijajah
        Contoh ayat;Malaysia bebas daripada kuasa penjajah pada tahun 1957.

25.Bedal
    (a)Pukul
        Contoh ayat; Adik dibedal oleh ayah kerana lambat balik dari sekolah.
    (b)Makan hingga habis
        Contoh ayat: Nasi di atas meja itu di bedal oleh Arman kerana terlalu lapar.
    (c)Menentang,mengkritik
        Contoh ayat;Segala cadangan itu di batalkan kerana ramai yang membedal.


26.Bekas
    (a)Pernah terlibat (menjadi)
        Contoh ayat; Muthusamay bekas guru Sekolah Kebangsaan Sungei Way Petaling Jaya.
    (b)Kesan,tanda
        Contoh ayat : Tapak tangan adik merah bekas dirotan oleh ibu.
     (c)Tempat mengisi sesuatu
        Contoh ayat: Baldi itu bekas air mandian adik.
     (d) Hasil yang dikeluarkan
         Contoh ayat: Bakul yang cantik itu bekas tangan orang buta.

27.Beku
    (a)Keras,likat
        Contoh ayat; Dodol yang dikacau itu mula beku setelah lama dikacau.

    (b)Menghentikan sesuatu aktiviti
        Contoh ayat: Kerajaan telah bekukan  pengambilan doktor asing.
     (c)Lembam atau tidak cerdik.
         Contoh ayat: ''Otak kamu ni dah beku''kata ayah kepada Jamil.

28.Bela
    (a) Pelihara
         Contoh ayat: Mak cik Amah membeli dua ekor lembu.
    (b)Menuntut balas,balas demdam
        Contoh ayat: Choong akn menuntut bela atas kematian abangnya.
    (c)Melindungi,menyelamat
        Contoh ayat: Nasib pelarian perang palastien harus dibela.

29.Belakang
   (a)Bahagian yang bertentangan dengan dada
       Contoh ayat; Bahagian belakangnay cedera kerana terjatuh.
   (b)Bahagian yang berlawanan dengan hadapan.
       Contoh ayat; Di belakang rumah nenek terdapat sebatang sungai.
   (c)Masa yang terkemudian.
      Contoh ayat: Moses yang paling belakang tiba di garisan penamat.

30.Belas
    (a)Perasaan kasihan
         Contoh ayat: Saya belas melihat pengemis yang tidur di kaki lima.
    (b)Bilangan(no. 11-19)
        Contoh ayat: Abang mendapat nombor du belas dalam peperiksaan yang lepas.


31. Belenggu
     (a)Gari alat untuk mengikat
          Contoh ayat: Polis belenggu tangan lelaki tersebut kerana mencuri.
     (b)Kongkongan,dijajah
          Contoh ayat: Negara di bawah belenggu penjajah sukar untuk membuat apa-apa keputasan.

32.Benar
    (a)Betul
         Contoh ayat; Kejadian yang kami dengar itu memang benar berlaku.
     (b)Amat,sangat,sungguh,selalu.
         Contoh ayat: Cikgu Aziz amat marah akan Ali kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
     (c)Sah,tepat
         Contoh ayat; Setelah penyiasatan dilakukan ternyata benar pemuda itu bersalah menculik kana-kanak tersebut.
      (d)Keizinan
           Contoh ayat: Ayah benar kan saya pergi ke kedai seorang diri.

33.Bencana
    (a)Kecelakaan,malapetaka
        Contoh ayat: Negara Jepun selalu dilanda bencana alam.
    (b)Pengkhianatan,ganguan
        Contoh ayat: Penduduk kampung berasa sangsi akan kehadiran leleki tua itu , walhal dia tidak mendatangkan bencana.

34.Bengkel
    (a)Tempat membaiki kenderaan
        Contoh ayat: Kereta yang rosak akan dihantar ke bengkel.
     (b)Kilang kecil tempat bekerja
         Contoh ayat: Di penjara terdapat bengkel untuk para banduan bekerja.
     (c)Mesyuarat atau majlis perbincangan
         Contoh ayat: Bengkel penulisan akan di adakan di Universiti
Kebangsaan Malaysia.

35.Bentang
    (a) Hampar
        Contoh ayat: Tiakr mengkuang itu akan di bentang di ruang tamu.
     (b)Menghuraikan,menerangkan
          Contoh ayat: Profesar Zuhdi membentang kertas kerjanya dalam sebuah seminar.
36.Benteng
    (a)Tembok,kubur
        Contoh ayat: Kota A Famosa merupakan benteng pertahanan putugis di melaka.
    (b)Binaan untuk menghalang air
        Contoh ayat: Kebanyakan pantai yang terhakis akan dibina benteng.
    (c)Diding batu untuk melindungi
        Istana Negara dikelilingi dengan benteng yang kukuh.

37.Berat
    (a) Tidak ringan
        Contoh ayat: Bakul itu tidak boleh di angkat oleh adik kerana berat.
    (b) Kuat , tenat ,amat
        Contoh ayat: Haji Harun yang sakit berat itu telah meniggal dunia di hospital.
    (c)Memihak,menyebelahi
        Contoh  ayat: Hakkim tidak akan menjatuhkan hukuman yang berat sebelah.
     (d)Sukar diselesaikan
         Kesalahan yang dilakukan oleh Zaimah amat berat.
    (e) Tanggungjawab
        Contoh ayat; Tanggungjawab Perdana Menteri sangat berat.

38.Berkas
    (a) Ikat atau (tali,akar)
        Contoh ayat: Kayu-kayu itu diberkas dengan menggunakan rotan.
    (b)Penjodoh bilangan
        Contoh ayat: Berkas digunakan untuk kayu api.
    (c) Tangkap
         Contoh ayat: Pencuri itu berjaya diberkas.

39.Berkat
    (a)Beruntumg,berbahagia
        Contoh ayat: Amalan bersedekah dan membantu orang yang susah amat banyak keberkatannya.
    (b)Dengan sebab,pengaruh
        Contoh ayat: Kejayaan Zaidah dalam pelajaran hasil berkat usahanya selama ini.

    (c)kurnia, rahmat
        contoh ayat : Ayah selalu  berdoa  agar kehidupan  keluarganya mendapat keberkatan ilahi

40.bernas
    (a)berisi
        contoh ayat:Ucapan wakil rakyat itu sungguh bernas.
    (b) Subur, penuh berisi (padi atau gandum)
         Contoh ayat:burung pipit sangat suka akan buah padi yang bernas di sawah pak Ajis
     
41.Bersih
     (a)tidak kotor
          Contoh ayat: Kasut adik masih bersih walaupun dipakai beberapa hari .
     (b)Beribadi, murni
         Contoh ayat: d Hati lelaki tua itu sungguh bersih kerana sanggup membantu orang yang susah.
     (c) Yang sebenar
         Contoh ayat: Kaji bersih bapa sebanyak RM 5000.00 sebulan.
     (d)Amalan yang tidak berlaku kesilapan
         Contoh ayat: Semua pekerja digalak mengamalkan amalan bersih dan cekap.
   
42.Besar
    (a) Dewasa
        Contoh ayat: Kehidupan Hajah Sepiah bertamabah senang apabila anak-anaknya sudah besar.
    (b)Ukuran bentuk atau saiz
        Contoh ayat: Besar sungguh rumah orang kaya itu.
    (c)Berpengaruh
        Contoh ayat: Ramai orang cita-cita ingin menjadi orang besar
    (d)Bilangan
        Contoh ayat; Pak Mail mempunyai ahli keluarga yang besar.
   
43.Betul
    (a)Tidak salah
        Contoh ayat: Berita yang di dengari itu betul berlaku.
    (b)Tepat , sasarannya
        Contoh ayat: Anak panah itu betul kene pada tempatnya.
     (c)Benar, sungguh
         Contoh ayat: "garang betul Cikgu Azi itu,''kata budak itu.
     (d)Sangat
         Contoh ayat: Anak gadis itu cantik betul.
     (e)Tulin
         Contoh ayat: Pak Zam menguji cincin emas itu sama ada barangan betul atau tidak.
 
44.Biasa
    (a)Sediakala
       Contoh ayat: Keadaan huru-hara di Acheh pulih seperti biasa selepas dilanda gempa bumi.
    (b) Sering, kerap kali
         Contoh ayat; Adik biasa datang seorang diri ke rumah nenek.
     (c) Tidak asing
         Contoh ayat: Walaupun pelajar itudari Bosnia tetapi dia telah biasa berada di negara ini.
    (d)Bukan yang istimewa
        Contoh ayat: Bentuk rumah itu biasa sahaja , tidak ada yang istimewa.
    (e)Perkara yang normal
        Contoh ayat; pada musim tengkujuh,biasanya nelayan tidak turun ke laut .

45. Bidang
    (a)Penjodoh bilangan
        Contoh ayat; Pak Syukur mempunyai dua bidang tanah.
    (b) Permukaan yang datar
         Contoh ayat: Kotak kertas itu mempunyai empat bidang.
    (c) Ukuran lebar
        Contoh ayat: Alas meja itu bidangnya satu meter.
    (d) Jurusan , disiplin ilmu
         Contoh ayat: Abang mengambil bidang kedoktoran di universiti.
    (e) Lapangan yang di ceburi
         Contoh ayat; Azura menceburi bedang nyanyian.

46.Biji
   (a) bahagian yang keras di tengah-tengah buah.
        Contoh ayat; Biji cempedak boleh di rebus untuk di makan.
   (b)Buah-buahan yang kecil seperti padi dan gandum
       Contoh ayat; Biji padi kelihatan menguning di tengah sawah.
   (c)Penjodoh bilangan untuk buah -buahan
       Contoh bapa memebeli lima bji buah durian.

47.Binatang
    (a)Salah satu planet
        Contoh ayat: Pada malam,langit kelihatan indah jika di hiasi bintang.
    (b)Pingat kebesaran
         Contoh ayat: Perdana Menteri di anugerahi bintang kebesaran oleh Sultan Pahang.
    (c)Orang yang terkenal
        Contoh ayat: P.Ramlee adalah bintang pujaan filem Melayu.
    (d)Nasib,untung
        Contoh ayat; Saya akan mengharapkan bintang saya akan bersinar pada tahun  ini.

48.Bisa
     (a)Racun
         Contoh ayat:Bisa ular itu telah membunuh seorang perempuan di pahang.
     (b)Kata-kata yang menyakitkan hati
        Contoh ayat: Terlalu bisa kata-kata penghinaan yang keluar daripada mulut perempuan itu.
     (c) Terlalu sakit
        Contoh ayat: Aduh, bisanya gigitan lipan itu!

49.  Blok
     (a) Bongkah yang besar
        Contoh ayat: Dua blok batu bata digunakan untuk mengalas peti sejuk
     (b) Deretan beberapa bangunan yang bersambung
        Contoh ayat : Perumahan Taman Wahyu mempunyai empat blok bangunan
     (c)  Gabungan Negara
        Contoh ayat: Negara-negara Eropah telah menubuhkan blok ekonomi yang dipanggil Kesatuan Eropah.

50. Bocor
    (a) Pecah rahsia
       Contoh ayat: Ketua penjenayah itu telah bocorkan rahsia kumpulannya kepada anggota polit.
    (b) Tembus
       Contoh ayat: Perahu yang dinaiki kanak-kanak itu dimasuki air kerana telah bocor.

51.  Buah
    (a) Bahagian tumbuh-tumbuhan
         Contoh ayat:  Pokok rambutan Encik Kassim berbuah lebat.
    (b) Hasil usaha
         Contoh ayat: Jika kita rajin berusaha, pasti dapat buahnya.
    (c) Penjodoh bilangan
         Contoh ayat: Bapa mempunyai dua buah kereta.

         

    

Friday, 30 March 2012

Kata Banyak Makna - A

A
1. Abai
   (a)  Tidak ambil berat
          Contoh Ayat : Akibat sikapnya yang selalu abaikan tugas, Azmi di berhentikan kerja.

  (b) Anggapan tidak penting
          Contoh Ayat: Segala arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin itu diabaikan oleh pengikutnya.

   (c) Cuai
          Contoh Ayat: Akibat selalu abaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, Azhar dipulau oleh anak-anak.

2. Ada 
   (a) Mempunyai, memiliki
        Contoh ayat : Emak ada dua bentuk cincin berlian

   (b) Boleh di dapati
        Contoh ayat: Serbuk teh ada di dalam almari

   (c) Wujud
        Contoh ayat : Ramai orang percaya bahawa hantu itu ada 

   (d)  Benar
         Contoh ayat: Memang saya ada menghadiri kelas kepimpinan dan motivasi itu.

3. Adu
   (a) Laga (berlaga)
        Contoh ayat : Ayam sabung Pak Kaduk sedang diadu dengan ayam Pak Pandir.

   (b) Beritahu, lapor
        Contoh ayat : Pengawas sekolah boleh adu setiap kesalahan murid-murid kepada guru disiplin.

   (c) Tidur (beradu)
        Contoh ayat : Raja Melaka sedang beradu di kamarnya
  
   (d) Akan bertanding
        Contoh ayat: Lima orang ahli gusti akan beradu kekuatan mereka.

4. Agak
   (a) Tekaan semata-mata
       Contoh ayat: Saya agak mereka datang lewat kerana kesesakan lalu lintas

   (b) Dapat dianggap, boleh dikatakan
       Contoh ayat: Agak  lama juga Azilah berada di pameran itu.

5. Agung
   (a) Tertinggi
       Contoh ayat: Panglima tentera adalah pemerintah agung dalam angkatan tentera.

  (b) Besar 
       Contoh ayat : Orang ramai melihat acara yang berlangsung menerusi  layar agung di Dataran Merdeka

   (c) Terkemuka, istimewa
        Contoh ayat : P.Ramlee adalah Seniman Agung negara.

    (d) Majlis terkemuka yang dihadiri oleh ahli
        Contoh ayat : Mesyuarat agung PIBG Sri At Taqwa akan diadakan pada bulan April depan.    

6. Ahli
    (a) Pakar atau mahir dalam sesuatu perkara
        Contoh ayat : Profesor Johar ialah ahli sains.

    (b) Anggota sesuatu  kumpulan / pertubuhan
        Contoh ayat: Zainab ialah ahli kumpulan kompang di kampungnya.

7. Aib
   (a)  Hina atau malu akibat sesuatu perbuatan
        Contoh ayat : Puan Rani berasa aib apabila anak gadisnya melakukan perbuatan terkutuk.

   (b) Cacat (tidak sempurna)
        Contoh ayat : Walaupun dia berhati-hati ketika memilih barang itu, tetapi terdapat  juga yang aib.

8.Ajak
  (a) Menjemput
     Contoh ayat: Encik Zaman telah mengajak kami ke majlis doa selamat itu.

   (b)Mencabar
      Contoh ayat: Idrus mengajak Razak bertumbuk selepas sesetengah jam mereka bertengkar.


9.Akal
   (a)Fikiran
      Contoh ayat:  Pelbagai akal dicuba untuk menyelesaikan masalah tersebut.

   (b)Perihal
      Contoh ayat: Segala akal perompak untuk melepaskan diri daripada polis tidak berjaya.


10. Akan
    (a) Menyatakan jangkaan
         Contoh ayat:  Perdana Menteri akan tiba pada pukul 10.00 pagi ini.

    (b) Perihal
         Contoh ayat: Dia rindu akan isterinya setelah sekian lama tidak bertemu.


11.Aku
    (a) Kata ganti diri yang pertama
         Contoh ayat: Aku akan ke melaka pada minggu hadapan,''kata Abu kepada Jalil.

    (b) Membenarkan kata-kata terhadapnya
         Contoh ayat : Dia telah akui akan kesilapannya.


12. Alah
   (a) Tewas
        Contoh ayat: Tiada sesiapa yang alah dalam perkara ini.

   (b) Sensitif terhadap sesuatu(makanan ,ubat)
    Contoh ayat:  Pesakit asma alah terhadap habuk dan cuaca berjerebu.


13.Alam
    (a) Dunia
         Contoh ayat: Alam ini meliputi segala yang ada di langit dan di bumi. 


    (b) Golongan atau kumpulan
         Contoh ayat:  Gajah adalah binatang yang paling besar dalam alam haiwan.

    (c) Lingkungan kegiatan
      Contoh ayat; Alam persuratan Melayu menjadi tumpuan pencipta seni.

14. Alamat
    (a) Tanda
       Contoh ayat: Awan mendung alamat akan hujan.

    (b) Tempat tinggal 
          Contoh ayat; Posmen menghantar surat berdasarkan alamat pada sampul surat.
    
15. Alat 
    (a) Benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu
         Contoh ayat: Tukang kayu akan menggunakan ketam sebagai alat untuk melicinkan papan.

    (b) Orang yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu tujuan
          Contoh ayat: Pemuda itu menjadi alat kepada penjenayah untuk melakukan kegiatannya.


16. Album
     (a) Buku tempat menyimpan gambar,setem
          Contoh ayat: Gambar-gambar perkakahwinan abang tersimpan di dalam album tersebut.

     (b) Piring hitam 
          Contoh ayat: Sudirman banyak mengeluarkan album lagu patritik.


17. Amanah 
    (a) Boleh dipercaya
         Contoh ayat: Puan Teoh Tong Kiew boleh dipilih menjadi ketua kerana beliau seorang yang amanah.

    (b) Amanah (dipertanggungjawab manjaga benda)
          Contoh ayat: Ketika keluarga saya balik kampung,saya amanahkan jiran menjaga rumah saya.

    (c)Wasiat 
         Contoh ayat: Jutawan itu amanahkan hartanya kepada anak-anak beliau.


18. Ambang
     (a) Waktu sebelum sesuatu kejadian
          Contoh ayat: Setiap tahun bulan Disember berada di ambang tahun baru.

   (b) Kayu palang antara dua tiang(pada jendela atau pintu)
        Contoh ayat: Layang-layang adik tersangkut pada ambang pitntu.


19. Ambil
    (a) Memegang sesuatu lalu mengangkatnya
         Contoh ayat: ''Kakak yang ambil buku itu,kata adik.

   (b) Menerima(pekerja,rakan kongsi)
         Contoh ayat: Syarikat itu telah mengambil pekerja baru semalam.

   (c) Perlukan masa
        Contoh ayat: Kapal terbang itu mengambil masa untuk berlepas.

   (d) Mendapatkan sesuatu
        Contoh ayat: Pengawai polis itu telah mengambil keterangan saksi kajadian tersebut.
 
   (d) Mengikuti
        Contoh ayat: Setiap pelajar perlu mengambil lima mata pelajaran.

20.Ampai    
    (a) Tali yang diregang sebagai tempat menjemur kain.
        Contoh ayat: Emak membeli tali untuk dijadikan ampaian.

    (b) Lampai
        Contoh ayat: Model itu mempunyai susuk tubuh yang ampai.

    (c)Sejenis hidupan laut badannya (ubur-ubur).
        Contoh ayat : Ampai banyak terdapat di laut Melaka

21. Anak

     (a) Kanak-kanak sesuatu yang masih kecil
          Contoh ayat: Ibu pesan kepada kakak supaya mendidik anak dengan sempurna.

     (b) Baka,keturunan
          Contoh ayat: Pak Halim mempunyai anak lelaki.

     (c) Pokok yang masih kecil
          Contoh ayat; Pekebun itu menyiram anak pokok cili agar tidak layu.

     (d) Saiz yang lebih kecil berbanding yang lain 
          Contoh ayat ; Setiap orang memiliki anak jari tangan dan kaki.

     (e) Berasal dari sesuatu tempat
          Contoh ayat:  Semua anak Pahang berhimpun di Dataran Merdeka pada hari Sabtu.

     (f) Simpulan bahasa
         Contoh ayat; Rusa itu terus mati apabila anak busur terkena dadanya.


22. Anggota
    (a) Ahli
       Contoh ayat: Anggota kumpulan kongsi gelap itu seramai sepuluh orang.

    (b)Bahagia tubuh badan
Contoh ayat:Seluruh anggota badan kita mempunyai fungsinya sendiri.


23.Angin
   (a)Udara yang bertiup
        Contoh ayat;  Angin yang bertiup lembut menyenangkan kita.

   (b)Berita yang belum sahih
        Contoh ayat: Ada angin yang mengatakan pejuang Iraq terbunuh semalam.

   (c) Perangai atau sikap yang tidak baik
        Contoh ayat: Sikap Abu yang selalu angin tiba-tiba ,tidak disukai rakan-rakannya.


24.Antara
    (a)Jarak yang ditengah dua benda
        Contoh ayat;  Perbezaan antara pokok pertama dengan pokok kedua sejauh dua meter.

    (b) Di tengah-tengah(tempat,waktu dan lain-lain)
         Contoh ayat; Adik duduk di antara ayah dan emak.

    (c)Perbezaan,selang waktu
        Contoh ayat: Antara pukul 1.00 tengahari dengan pukul 2.00 petang,terdapat dua buah bas melalui kawasan tersebut.

    (d) Dalam suatu kumpulan
        Contoh ayat: Antara pekerja di syrikat ini ada rakyat Mynmar.


25.Arah
    (a)Haluan
      Contoh ayat: Kapal itu menukar arah selepas dilanda ombak besar.

    (b)Tujuan 
        Contoh ayat; Orang tua yang nyanyuk itu bercakap tidak tentu arah.

26.Asah
    (a)Tajamkan
        Contoh ayat: Alif yang asah pisau itu''kata ayah.

    (b) Gilap bakat
        Contoh ayat; Cikgu Ting akan asah bakat muridnya dalam bidang pidato.

27.Asal
    (a) Permulaan
         Contoh ayat: Nama asal tempat itu ialah Kampung Beringin.

    (b) Tempat yang terdahulu
        Contoh ayat; Dari manakah asal orang-orang Bugis di Malaysia.

    (c) Punca
        Contoh ayat:''Apakah asal pergaduhan ini berlaku?''tanya cikgu.

28.Asing 
    (a)Aneh tidak biasa
        Contoh ayat: Saya berasa asing berada di tempat yang baru.

     (b) Dari luar negara ke tempat lain.
        Contoh ayat: Malaysia dikunjungi oleh pendatang asing.

     (c) Telah biasa
        Contoh ayat: Kehadiran lelaki tua itu di gerai itu setiap hari tidak asing bagi penduduk di situ.

29.Asli 
   (a) Tulen
        Contoh ayat: Ubat herba itu menggunakan bahan-bahan asli.

   (b) Penduduk asal
        Contoh ayat;  Penduduk asli di Malaysia mendapat pembelaan yang cukup daripada kerajaan.

   (c)Bukan tiruan
       Contoh ayat: Emas yang asli itu dapat dibuktikan oleh Pak Rejab.

30.Atas 
   (a) Paras yang lebih tinggi
       Contoh ayat: Askar itu berdiri di atas bukit.

   (b) Pihak berkuasa
        Contoh ayat; Peraturan itu di tentukan oleh pihak atasan.

     (c) Kerana ,dengan
         Contoh ayat: Pemergiannya ke Acheh bukan atas keleraannya sediri.

     (d) Berasaskan
          Contoh ayat: Segala keputusan yang dibuat atas pertimbanagn yang teliti.

     (e) Menurut
         Contoh ayat; Perkahwinannya itu atas tuntuan agama.


31.Awal 
    (a)Mula-mula ,permulaan
        Contoh ayat: Sazila tiba awal di garisan penamat.

    (b)Terdahulu,sebelum waktunya
        Contoh ayat:  Setiap hari Jamilah bertolak awal ke sekolah.


32.Awam
    (a) Umum,am
        Contoh ayat:  Guru selalu mengingatkan murid-murid agar tidak merosakkan telefon awam.

    (b)Biasa
       Contoh ayat: Mangsa kemalangan jalan raya diselamatkan oleh orang awam.


KITA JUMPA DI KATA BANYAK MAKNA - B



 



Template by:

Free Blog Templates